
Baru-baru ini cikgu ada mengikuti satu drama biografi tentang Steve Jobs di Astro Diva. Sebuah cerita yang sangat menarik melihat macam mana Jobs mula membina empayar dengan Apple. Kita boleh lihat bagaimana Jobs mula melihat teknologi melangkaui zaman dia. Lihat bagaimana Jobs mengawal kerja dan tenaga kerja bagi menjayakan hasil yang telah dia buat.
Memang sesuai untuk kita mengikuti kisah penuh mengenai Jobs ini. Di sini cikgu hendak kongsikan 10 langkah untuk berjaya cara Steve Jobs. Langkah ini cikgu olah dari youtube yang akan cikgu kongsikan di bawah.
1. Don't live a limited life (Jangan limitkan kehidupan kita)
Untuk berjaya, jangan cepat rasa puas hati dengan apa yang kita ada sekarang, Cubalah kita berusaha untuk memecahkan bentang yang telah membuatkan kita selesa. Jangan terlalu selesa, perlulah sentiasa bersedia. Bak kata orang dulu-dulu, HIDUP UMPAMA RODA, yang berada diatas dia pasti pernah rasa berada dibawah dan yang berada dibawah dia pasti pernah berada id atas. Be Prepared.
2. Have passion (Ada keteguhan)
Di sini, kita perlulah berteguh dengan apa keputusan yang kita buat. Jangan seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM @ HIDUP SEPERTI LALANG. Janganlah kita mudah putus asa dengan apa yang kita buat sekarang. Teruskan berusaha dan berusaha, pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
3. Design for yourself (Buat untuk diri sendiri)
Buat sesuatu yang boleh buat kita lebih berjaya. Jangan fikirkan apa yang orang kata. Ikut kata iman kita. Jika kita banyak dengar apa yang orang kita, kita akan menghadkan apa yang kita boleh buat. INGATLAH, APA YANG ALLAH LIHAT LEBIH PENTING DARI APA YANG ORANG FIKIR TENTANG KITA.
4. Don't sell crap (Jangan jual sampah)
Dalam mendidik, jangan beri sampah atau benda yang tidak berfaedah kepada murid kita. Berilah apa yang murid boleh guna untuk kehidupannya.
5. Build a great team (Bina pasukan yang terbaik)
Yes! perlu untuk kita bina satu pasukan yang sangat bagus dalam menjayakan sesuatu perkara yang kita buat. Jangan biarkan anasir atau sikap negatif berada di dalam pasukan kita. Sikap negatif di dalam kumpulan akan menghancurkan keyakinan untuk berjaya di dalam kumpulan. Didik anak murid kita untuk bekerja secara berkumpulan kerana di dalam kumpulan kita boleh mengisi kekurangan untuk berjaya.
6. Don't do it for the money (Jangan lakukan untuk Duit@Ganjaran)
Jangan buat sesuatu kerana wang, ganjaran, pujian orang dan lain-lain. Yang pasti ganjaran ALLAH itu ada. Biarlah kita ikhlas dalam melakukan sesuatu. Biar kita sendiri tahu apa yang kita buat.
7. Be proud of your products (Berbanggalah dengan hasil yang kita buat)
Berbanggalah wahai cikgu. Jangan perkecilkan murid di kelas akhir. Mereka ada kelebihan mereka sendiri. Sebagai guru yang telah mengajar 4 tahun kelas terakhir tahun 6, saya bangga dengan apa yang mereka capai. Setiap percapaian mereka walaupun sedikit tetap mengembirakan hati saya kerana mereka adalah anak saya. Yang penting saya mahu mereka menjadi manusia bila mereka betul-betul mengenal dunia nanti.
8. Build around customers (Bina sesuatu untuk orang disekeliling)
Binalah sesuatu yang boleh orang keliling kita gunakan. Permudahkan, jangan menyusahkan.
9. Marketing is about Values (Perniagaan adalah tentang Nilai)
Nilai adalah sesuatu yang sangat penting dalam apa sahaja yang kita buat. Bukan keuntungan yang kita lihat, tetapi nilai dalam sesuatu yang kita berikan yang paling penting. Sebagai guru, kita sepatutnya tidak melihat murid mendapat A itu untuk menilai diri kita berjaya memberi, tetapi tengoklah nilai sebagai seorang manusia itu. Murid menjadi lebih baik adalah lebih bernilai dari murid mendapat A tetapi tidak tahu nilai sebagai seorang murid dan anak kepada keluarga.
10.Stay Hungry, Stay Foolish (Jangan terlalu kenyang, ia membuat kita malas)
Yea, atas sebab ini Islam mengajar kita berpuasa. Kenapa? sebab Islam mahu kita tahu nilai susahnya kehidupan dan minta kita muhasabah diri bahawa setiap yang kita ada ini adalah satu pinjaman. Jangan memperkecilkan orang yang berada di bawah dan jangan terlalu mengagungkan orang yang berada di atas kerana kita tidak tahu bila orang di atas akan memijak kita dan entah bila pula kita akan terpijak orang yang berada dibawah, Jadi berhati-hatilah.
Sekadar perkongsian dari saya. Semoga semua boleh mengambil tips dari apa yang saya kongsikan. Di sini, saya sertakan pautan untuk melihat video penuh drama yang saya ceritakan. Jom layan.
Pautan JOBS: Jobs 2013

Tiada ulasan:
Catat Ulasan