Selasa, 15 September 2015

Jangan bersikap memilih bulu.

Sebelum cikgu bercerita panjang, mari kita layan dulu video pendek yang telah dibuat oleh Matluthfi baru-baru ini tentang rasis.



Video di atas menceritakan tentang rasisnya kita terhaadap seseorang yang kita tidak betul-betul kenal peribadi orang tersebut. Tetapi kita kena berjaga-jaga agar kita boleh tahu siapa sebenarnya musuh kita.

Dalam persekolahan juga kita perlulah kaitkan ini dengan diri kita. Sebagai guru, jangan ada sikap memilih bulu dan terus mengatakan yang murid ini bodoh atau teruk. Sebab, jika kita mengeji mereka, maka kita mengeji apa yang Allah cipta. Pada pendapat cikgu, manusia semua sama, yang membezakan kita adalah iman kita. Jika baik iman kita maka baiklah kita, jika buruk iman kita maka buruklah kita. Dont judge a book by its cover sudah tidak boleh pakai, sebab, seorang yang hensem tidak semestinya baik mungkin dialah yang melakukan jenayah berat seperti merogol dan wajah yang buruk tidak semestinya jahat malah mungkin dialah yang paling rajin beribadah kepada Allah.

Di sini, cikgu hendak kongsikan beberapa langkah untuk kita jauhi sikap memilih bulu ini.




1. Baiki niat kita sebagai seorang guru. Tugas kita menyampaikan ilmu dan membentuk ummat, jadi, niatlah dalam diri untuk memberi kebaikan pada diri kita.

2. Cermin diri. Lihat diri kita, adakah baik pekerti yang kita tunjukkan? Sebab, anak-anak kita akan ikut apa yang kita buat dan tuturkan.

3. Masuk ke kelas dengan senyuman.

4. Jauhi diri kita dari hasutan dan anasir negatif. Kurangkan bergosip tentang perkara yang tidak berfaedah.

5. Sentiasa menuntut ilmu. Kerana, semakin kita menuntut ilmu semakin kita rasa diri kita ini kerdil di bumi ciptaan Allah ini.

6. Perbaiki corak pengajaran kita. Jangan menggunakan pendekatan yang sama untuk semua kelas yang kita masuk untuk mengajar.

7. Bentuk suasana positif dalam kelas dan hubungan di antara orang sekeliling.

8. Mulakan teguran. Islam telah mengajar penganutnya untuk sentiasa memulakan salam. Jadi islam mengajar kita untuk tidak memilih sesiapa sahaja untuk berada disamping kita.

9. Belajarlah untuk bersyukur. Sama ada kita terima yang negatif atau positif, banyakkan diri kita untuk bersyukur. Dengan bersyukur kita pasti setiap yang menimpa kita akan diberi balasan oleh Allah kelak.

10. Banyakkan memberi dari menerima kerana tangan yang memberi membentuk hati kita untuk menjadi murah hati dan seterusnya mendidik diri kita untuk tidak memlih dalam memberikan sesuatu.



Pesanan cikgu, tidak perlulah berhimpun baju kuning, merah, hijau, biru air laut atau coklat orang. Kerana darah kita sama dan kita perlulah membantu sesama kita. #kitabersaudara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...