Rabu, 7 Oktober 2015

Telegram dan WhatsApp di Komputer

Pernah tidak anda terfikir macam mana jika smartphone kita rosak? Macam mana nak gunakan whatsapp atau telegram? Saya pun mengalami masalah yang sama apabila Asus fonepad telah mengalami sedikit retak di sisi touchscreen saya. Ia telah menyebabkan saya susah untuk menerima dan menyampaikan maklumat. Pening betol!!!

Alhamdulillah, jangan risau, oleh kerana saya banyak menggunakan komputer berbanding smartphone, jadi saya telah menggunakan aplikasi di dalam komputer. Dan saya masih dapat berhubung dengan semua orang.

Jadi, macam mana kita hendak gunakan aplikasi ini di dalam komputer?

WhatsApp




1. Layari https://web.whatsapp.com/ untuk menggunakan aplikasi ini dalam komputer.
2. Dari smartphone, pergi ke Whatsapp menu, dan klik pada WhatsappWeb.
3. Scan QR code yang dilayarkan pada https://web.whatsapp.com/ untuk sambungkan Whatsapp di fone dengan komputer.
4. Then, selamat menggunakan Whatsapp di komputer. Pastikan sambungan talian sentiasa ada.


Telegram




1. Layari https://desktop.telegram.org/ untuk memuat turun aplikasi bagi sesiapa yang menggunakan Windows.
2. Bagi yang menggunakan OS lain sila layari https://telegram.org untuk muat turun aplikasi yang boleh diterima pakai oleh OS komputer anda seperti Mac.
3. Klik pada "Get Telegram For Windows"
4. Anda akan muat turun aplikasi.
5. Install aplikasi yang dimuat turun.
6. Masukkan nombor telefon yang anda sedang gunakan untuk Telegram.
7. Ta-da.. Anda akan menerima kod untuk sambungan dan mulakan menggunakan Telegram di dalam komputer.


Selamat Mencuba.

Khamis, 1 Oktober 2015

Matematik UPSR 2016

Sudah bersediakah guru-guru dan murid-murid untuk UPSR 2016? Tidak banyak yang berubah untuk ujian Matematik, masih lagi mengekalkan lagi 2 kertas soalan, iaitu kertas 1 dan kertas 2. Cumanya, kertas 2 akan hanya tinggal 15 soalan yang berfokus pada penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini mungkin akan membuatkan murid mudah lulus atau gagal terus jika tidak menjawab soalan yang diberikan. Masa juga telah ditambah sebanyak 20 minit menjadikan kertas 2 nanti akan mengambil masa 1 jam bersamaan 60 minit.

Untuk kertas 1, tiada perubahan yang saya dapat lihat, cumanya soalan KBAT(kemahiran berfikir aras tinggi) dan aras sederhana akan diperbanyakkan di dalam soalan tersebut.

Dibawah saya sertakan dalam bentuk jadual yang saya terima dari KP saya. Cikgu boleh lihat sendiri untuk bezakan format tahun 2015 dan 2016.

Isnin, 21 September 2015

Panduan Pengisian SKT di dalam HRMISONE.



Di akhir ini, kita sebagai guru sedang sibuk dengan SKT. Saya sendiri sebagai guru data mengalami kesulitan di dalam mengisi SKT ini. Untuk pengetahuan, SKT ini hanya boleh disemak oleh pembantu tadbir dan GPK 1. Guru Besar buat pengesahan sahaja. Sekolah saya menetapkan esok adalah tarikh akhir pengisian sebelum dihantar setelah semakan dibuat. Jadi, di sini, saya hendak kongsikan beberapa laman rujukan pada guru-guru agar kita lebih jelas bagaimana pengisian ini boleh dilakukan.

Apa yang penting, kita kena ingat ID Login dan Password kita, Jangan cuba masuk ID dan Password yang salah melebihi 3 kali jika anda tidak mahu dimarahi oleh pembantu tadbir dan seterusnya GPK 1.

Kedua, pastikan hanya menggunakan INTERNET EXPLORER sahaja untuk membukan HRMISONE. Capaian lain tidak dapat memasuki hrmisone. Namun kita perlu buat sesuatu juga pada IE untuk masuk untuk membuat pengisian. Klik capaian dibawah untuk mengetahui langkah-langkah untuk setup kita punya IE.
PAUTAN: PANDUAN PENETAPAN SETTING BAGI AKSES HRMISONE

Seterusnya sila layari laman web yang saya sertakan dibawah bagi pengisian HRMIS. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Saya sekadar berkongsi untuk kemudahan saya dan bersama.
PAUTAN: PANDUAN PENGISIAN HRMIS

Ahad, 20 September 2015

10 adab menuntut ilmu.

10 ADAB MENUNTUT ILMU 

1. Bina niat yang baik-baik.

Sebelum menuntut ilmu, sila pasangkan niat yang baik. Tujuan kita menuntut ilmu adalah bertujuan untuk menyampaikan yang baik-baik kepada diri dan orang sekeliling. Dan kita perlu ingat setiap amalan itu perlu dimulai dengan niat.

2. Bersedia dan Kemas diri.

Ilmu akan mudah lekat jika kita bersedia untuknya. Jika di dalam kelas, sebelum guru masuk seeloknya kita bersedia dengan segala alatan dan keperluan untuk subjek masa tersebut. Dan pastikan jangan ada alatan lain yang boleh mengganggu fokus kita di dalam kelas. Kemas diri juga penting sebab, ia akan mudah membawa ilmu kepada kita. Contohnya, jika kawan kita mahu tolong kita dalam subjek yang kita tidak tahu tetapi penampilan kita selekeh dan badan berbau busuk, kawan kita akan jadi tidak selesa dan kurang minat untuk beri pengajaran pada kita, Jadi, sapukan minyak wangi banyak-banyaknya, sebab Rasullah suka wangian.

Selasa, 15 September 2015

Jangan bersikap memilih bulu.

Sebelum cikgu bercerita panjang, mari kita layan dulu video pendek yang telah dibuat oleh Matluthfi baru-baru ini tentang rasis.



Video di atas menceritakan tentang rasisnya kita terhaadap seseorang yang kita tidak betul-betul kenal peribadi orang tersebut. Tetapi kita kena berjaga-jaga agar kita boleh tahu siapa sebenarnya musuh kita.

Dalam persekolahan juga kita perlulah kaitkan ini dengan diri kita. Sebagai guru, jangan ada sikap memilih bulu dan terus mengatakan yang murid ini bodoh atau teruk. Sebab, jika kita mengeji mereka, maka kita mengeji apa yang Allah cipta. Pada pendapat cikgu, manusia semua sama, yang membezakan kita adalah iman kita. Jika baik iman kita maka baiklah kita, jika buruk iman kita maka buruklah kita. Dont judge a book by its cover sudah tidak boleh pakai, sebab, seorang yang hensem tidak semestinya baik mungkin dialah yang melakukan jenayah berat seperti merogol dan wajah yang buruk tidak semestinya jahat malah mungkin dialah yang paling rajin beribadah kepada Allah.

Di sini, cikgu hendak kongsikan beberapa langkah untuk kita jauhi sikap memilih bulu ini.

Jerebu Melanda SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU

Hari ini, adalah hari yang terburuk jerebu melanda Johor Bahru untu tahun 2015. Perkara ini kerap kali berlaku jika negara jiran kita mula melakukan pembakaran untuk membersihkan tanaman mereka yang sudah rosak. Percaya atau tidak #terimakasihindonesia sedang trending di mana-mana laman sosial.

Bukan untuk menuduh negara jiran kita sengaja membiarkan kebakaran macam ini berlaku, tetapi acap kali ia berlaku sering menjadi tanda tanya. Adakah tiada tindakan pencegahan dari negara sana? Atau adakah tiada cara lain untuk mengurus tanaman yang sudah rosak atau mati? Itu yang sering menjadi tanda tanya.

Malah jerebu ini akan terus melanda hingga ke akhir bulan September ini. Wahh.. mesti berjaga-jaga. Maklumlah saya ada seorang baby yang sangat comel yang masih memerlukan udara yang sangat segar untuk keselesaan hidup.

Di sini, cikgu mahu kongsikan beberapa tips di dalam menangani jerebu ini dan menjaga kesihatan kita di dalam kuantiti udara yang tidak baik ini. Kita boleh cek index pencemaran udara melalui pautan yang cikgu bagi. INDEX PENCEMARAN UDARA

Khamis, 10 September 2015

Ciri-ciri murid Abad 21

• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
• Berkeperibadian tinggi

Ciri-ciri Guru Abad 21

 
• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini

11 elemen Pendidikan Abad 21

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

10 langkah untuk berjaya cara Steve Jobs





Baru-baru ini cikgu ada mengikuti satu drama biografi tentang Steve Jobs di Astro Diva. Sebuah cerita yang sangat menarik melihat macam mana Jobs mula membina empayar dengan Apple. Kita boleh lihat bagaimana Jobs mula melihat teknologi melangkaui zaman dia. Lihat bagaimana Jobs mengawal kerja dan tenaga kerja bagi menjayakan hasil yang telah dia buat. 

Memang sesuai untuk kita mengikuti kisah penuh mengenai Jobs ini. Di sini cikgu hendak kongsikan 10 langkah untuk berjaya cara Steve Jobs. Langkah ini cikgu olah dari youtube yang akan cikgu kongsikan di bawah.

Rabu, 9 September 2015

Doa untuk murid UPSR

"Ya Allah, Ya Tuhan kami

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan."


Sebahagian doa untuk semua murid UPSR yang disediakan di laman web PPDJB. Sila klik dipautan untuk doa yang penuh.

Doa untuk murid UPSR

Selasa, 8 September 2015

PENGENALAN KEPADA 1BESTARINET



1BestariNet , KPM  (Kementerian Pendidikan Malaysia)


PENGENALAN PENDIDIKAN ABAD 21

Apakah Pendidikan Abad Ke-21 (21st Century Education)?

Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia dan Warga Pendidikan acap kali menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Dasar Global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat. Namun, untuk menjelaskan Ciri-Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21, ia lebih dari sekadar anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PdP oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber. Sama ada yang berasaskan teknologi maklumat atau komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik.

Kementerian Pendidikan Malaysia KPM memikul bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia. Kemahiran Abad ke-21Ciri Pembelajaran dan Garis Panduan Pembelajaran Abad ke-21 semuanya terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan tidak lama dahulu.

Memastikan keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar prasarana dan Susun Atur Bilik Darjah Alaf ke 21 yang perlu dipersiapkan. Penentu utama kejayaan, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan Kemahiran Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan. 

SUMBER: PAUTAN

Khas untuk subjek Matematik

Sekadar untuk berkongsi satu laman interaktif yang sesuai untuk dijadikan pembelajaran dan pengajaran yang sesuai merentasi pembelajaran abad ke 21. Cikgu-cikgu boleh kongsikan web ini di dalam site pembelajaran di dalam frog vle.

Disamping itu, terdapat juga untuk subjek dan pengetahuan yang lain. Bolehlah cikgu layari untuk diperkenalkan kepada murid kita.

Paparan hadapan laman tersebut.

Pautan untuk ke laman interaktif:
http://interactivesites.weebly.com/math.html

SEMOGA BERJAYA ANAK MURID KU


Masanya telah tiba untuk semua murid tahun 6 di seluruh Malaysia. Bermulanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang terakhir untuk KBSR. 

Doa cikgu, semuga anak murid dapat tenang dan bersabar dalam memilih dan menulis jawapan. Jangan gopoh pastikan tarik nafas dengan tenang bagi memastikan apa yang kita pelajari dapat diluahkan di dalam kertas ujian nanti. Jangan lupa berdoa dan sentiasa ingat Allah ada disamping anda. 

ALL THE BEST and DO YOUR BEST!


WARKAH PEGAWAI PPDJB UNTUK CALON UPSR 2015




"Akhir kata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Doa sentiasa mengiringi anakanda. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang. Anakanda adalah harapan nusa bangsa, ibu pertiwi tercinta"

Itulah sebahagian warkah khas dari Tuan PPD untuk semua calon UPSR di daerah Johor Bahru. Semuga semua berusaha untuk lebih berjaya.

Ucapan penuh: Klik pautan dibawah.
http://www.ppdjb.edu.my/v3/muatturun/WARKAH%20TN%20PPD%20UPSR.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...