Selasa, 15 September 2015

Jerebu Melanda SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU

Hari ini, adalah hari yang terburuk jerebu melanda Johor Bahru untu tahun 2015. Perkara ini kerap kali berlaku jika negara jiran kita mula melakukan pembakaran untuk membersihkan tanaman mereka yang sudah rosak. Percaya atau tidak #terimakasihindonesia sedang trending di mana-mana laman sosial.

Bukan untuk menuduh negara jiran kita sengaja membiarkan kebakaran macam ini berlaku, tetapi acap kali ia berlaku sering menjadi tanda tanya. Adakah tiada tindakan pencegahan dari negara sana? Atau adakah tiada cara lain untuk mengurus tanaman yang sudah rosak atau mati? Itu yang sering menjadi tanda tanya.

Malah jerebu ini akan terus melanda hingga ke akhir bulan September ini. Wahh.. mesti berjaga-jaga. Maklumlah saya ada seorang baby yang sangat comel yang masih memerlukan udara yang sangat segar untuk keselesaan hidup.

Di sini, cikgu mahu kongsikan beberapa tips di dalam menangani jerebu ini dan menjaga kesihatan kita di dalam kuantiti udara yang tidak baik ini. Kita boleh cek index pencemaran udara melalui pautan yang cikgu bagi. INDEX PENCEMARAN UDARA




Tips ringkas penjagaan kesihatan semasa jerebu:

1.Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Kementerian Pendidikan juga telah menyarankan kepada sekolah untuk tidak melakukan kegiatan kokurikulum di luar kelas buat masa ini. Jadi, hendaklah kita kurangkan melakukan aktiviti luar.

2.Gunakan topeng mulut dan hidung yang boleh didapati di hospital kerajaan secara percuma atau beli sendiri di farmasi berdekat bagi sesiapa yang kerap melakukan aktiviti luar rumah.

3.KURANGKAN MEROKOK kepada yang merokok. Ini bagi menjamin kualiti udara di salam rumah berada pada tahap terbaik. Jauhi rokok dari anak kecil.

4.Lebihkan meminum air kosong. Lebih dari yang disarankan 8 gelas sehari adalah lebih bagus.

6.Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar. Gunakanlah cara yang disarankan oleh Rasullah dan pastikan makanan kita bersih.



Dibawah adalah ilustrasi dari Astro Awani bagi memudahkan kita lebih faham. Moga bermanfaat.




Sedikit maklumat mengenai hastag #terimakasihindonesia di pautan yang diberi.
#terimakasihindonesia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...