Khamis, 1 Oktober 2015

Matematik UPSR 2016

Sudah bersediakah guru-guru dan murid-murid untuk UPSR 2016? Tidak banyak yang berubah untuk ujian Matematik, masih lagi mengekalkan lagi 2 kertas soalan, iaitu kertas 1 dan kertas 2. Cumanya, kertas 2 akan hanya tinggal 15 soalan yang berfokus pada penyelesaian masalah yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini mungkin akan membuatkan murid mudah lulus atau gagal terus jika tidak menjawab soalan yang diberikan. Masa juga telah ditambah sebanyak 20 minit menjadikan kertas 2 nanti akan mengambil masa 1 jam bersamaan 60 minit.

Untuk kertas 1, tiada perubahan yang saya dapat lihat, cumanya soalan KBAT(kemahiran berfikir aras tinggi) dan aras sederhana akan diperbanyakkan di dalam soalan tersebut.

Dibawah saya sertakan dalam bentuk jadual yang saya terima dari KP saya. Cikgu boleh lihat sendiri untuk bezakan format tahun 2015 dan 2016.



Saya juga akan menyediakan pautan untuk melihat contoh format kertas soalan matematik yang telah dibuat khas untuk dibentangkan oleh jabatan.

1. Format UPSR 2016 Matematik 
2. Contoh Format soalan UPSR Matematik 2016


Sebenarnya, untuk subjek lain juga ada disertakan, tuan puan boleh melayari laman web lembaga peperiksaan bagi memudahkan tuan puan mengakses semua subjek untuk UPSR 2016 nanti.

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA UPSR 2016

Semuga ia bermanfaat untuk semua. Cikgu-cikgu, jom bersedia untuk murid kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...